LANGKAWI adalah sebuah pulau yang menjadi tempat igauan emak2 dan bakal2 pengantin bershopping dan bercuti..Ianya pulau zon perlepasan cukai di mana pembelian brg2 di Langkawi tidak dikenakan cukai kastam..Bole la berbelanja sakan di sana...Hehehe...Bila cite pasal pulau Langkawi, aku ada nak berkongsi cerita tentang percutianku di pulau ni...Pada 21-23 Disember 2011, aku berpeluang mengikut rombongan ke Langkawi anjuran tmpt ayahku bekerja sebagai sukarelawan di MAIM..Aku dan ayahku saja yang dapat pergi rombongan itu..Rombongan kami bertolak pd waktu malam dalam pkul 10mlm dan kami tiba di Jeti Kuala Perlis dalam pkul 8pg..Dalam pkul 9pg kami masuk feri dan dalam pkul 11pg kami sampai ke pulau Langkawi..Inilah kali kedua aku sampai ke Pulau Langkawi setelah hampir 10thn aku xmenjejakkan kaki ke Langkawi..Mmg byk berubah di Langkawi..Ape yg bestnye, ketika aku sampai tempat penginapan yang disediakan, rupa2nye tempat penginapan itu adalah tempat penginapan kali pertama aku pergi Langkawi ikut rombongan sekolah rendahku dulu..Nostalgia sungguh...Nama tempat penginapanku adalah TWIN PEAKS ISLAND RESORT...Permandangan resort ini mmg cantik.
Pintu masuk TWIN PEAKS ISLAND RESORT
Bilik penginapan dalam rumah kayu
Kemudahan yg disediakan dalam bilik
Pemandangan kolam mandi yg cantik
Percutianku di Langkawi selama 3 hari 2 malam memang best..Pada hari pertama kami berada di Langkawi, kami telah pergi ke Rumah Nur Kasih untuk memberikan sumbangan kepada anak2 yg berada di situ..Selepas itu, kami singgah di tempat pengeluar minyak gamat dan berhenti makan tengahari..Kemudian, kami check in resort utk solat serta bersiap2 untuk berjalan2 di sekitar Langkawi..Dalam pkul 3ptg, kami bertolak ke LANGKAWI CABLE CAR..Hatiku memang teruja nak naik kereta kabel...Tapi disebabkan ramai orang beratur menunggu giliran, kami terpaksa batalkan hasrat naik kereta kabel dan menukar plan untuk ke KILIM GEOFOREST PARK..Mmg frust habis bila xdapat naik cable car...Pengalaman di Kilim Geoforest Park memang x dapat aku lupakan..Inilah kali pertama aku naik bot laju..Mmg best sangat! Aku berpeluang menikmati permandangan ciptaan Allah yang sangat cantik dan juga dapat melihat burung helang mencari makan..Selain itu, aku juga dapat peluang masuk ke Gua Kelawar dan kampung nelayan (Fish Farm)..Selesai aktiviti di kilim park, kami pergi ke supermarket IDAMAN SURI..Di situ ada pelbagai brg yg dijual di situ..Selesai shopping, kami berhenti makan malam dan balik ke resort..
Rumah Nur Kasih yg dilawati
Tgkla...Ramai sgt org beratur nk naek kabel car
Xdpt naik,dpt gmbr cable car pun jadi...huhuhu
Plan cable car bertukar ke KILIM GEOFOREST PARK
Gua Kelawar..(tempat aku dikejar monyet yg kelaparan)
Burung helang sedang mencari makanan...Dpt tgk depan2..Best!
Fish farm..Macam2 jenis ikan yg ada kt sini
Tempat membeli belah di Pulau Langkawi..Macam2 brg ada dijual
Hari kedua aku di Langkawi, pihak penganjur memberikan kebebasan utk menjalankan aktiviti..Dengan kata lain, segala perbelanjaan utk pergi ke mana2 tempat di Langkawi adalah TAJAAN SENDIRI..Pagi hari kedua, aku dan ayah aku serta beberapa org peserta rombongan menyewa sebuah van untuk pergi ke HAJI ISMAIL GROUPS..Selesai shopping, kami balik ke resort dan berehat sampai keesokan harinya..Hari ketiga / hari terakhir, kami check out dari resort pukul 8pg iaitu selepas menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak resort..Kami tiba di Jeti Pekan Kuah dalam pukul 9pg dan kami masuk terus ke dalam feri untuk ke Jeti Kuala Perlis..Tibanya kami di Jeti Kuala Perlis, kami naik bas terus menuju ke Padang Besar..Kalau dah sampai ke Padang Besar, xsah klu xbeli comforter...Aku pun beli 2 comforter untuk kemudahan masa depan...Ngeeee...Niat hati nk beli bear besar,tp bear2 yg dijual xsedap dipeluk...Terbatal hasrat hatiku untuk membeli bear..Kami berada di Padang Besar sampai pukul 3ptg..Selesai shopping,kami pun bertolak pulang ke Melaka..Sampai di Melaka dalam pukul 1pg..Sangat memenatkan!tapi best sangat...(^^,)
Shopping coklat dan beg baru di Haji Ismail Groups
Tadaaaa...inilah coklat2 yang aku borong kt Langkawi..
Feri yang dinaiki untuk keluar dari Pulau Langkawi
Memang seronok bercuti di Langkawi..Rasanya xcukup seminggu kalau nak berjalan sakan di sekitar Langkawi..Sepanjang percutianku di Langkawi, aku sekadar mahu berjalan2 dan berbelanja utk penuhi kehendak keluargaku iaitu memborong coklat! Banyak coklat yang aku borong di Idaman Suri dan Haji Ismail Groups..Mmg berbaloi2...Hehehe..Harapanku agar aku dapat peluang untuk bercuti di PULAU LANGKAWI di masa akan datang...(^_^)