BuLaN MuLiA

Bila ckp pasal bulan mulia, mesti ramai yg terpikir bulan RAMADHAN...Yess! tepat sekali...Seperti yg kita tahu, bulan Ramadhan adalah bulan yg wajib kita berpuasa...Tapi dalam masa kita berpuasa, pernahkah kita terpikir ada beberapa perkara kita buat membawa kepada maksiat? pasti kita xsedar ape yg kita buat..oleh itu, berhati-hati ketika membuat sesuatu masa kita berpuasa...Sebaiknye,masa bulan mulia ni kita perbanyakkan ibadah dan amal jariah...Di sini,aku nk kongsi beberapa amalan yg boleh kita lakukan dalam bulan RAMADHAN mahupun bulan yg laen2.. 

1. Membaca al-Qur`an
2. Memperbanyakkan berzikir,doa dan istighfar
3. I'tikaf di dalam masjid pada waktu malam
4. Memperbanyakkan sedekah
5. Kurangkan tidur
6. Membuat amal jariah kepada ibu bapa,jiran tetangga dan masyarakat
7. Solat berjemaah setiap waktu di masjid
8. Mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan
9. Elakkan menonton TV yang boleh menggoda nafsu
10. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan sehingga melalaikan

Amalan di atas ini bole diamalkan pada bila2 masa tanpa menunggu bulan Ramadhan..Dan banyak lg amalan2 yg boleh kita amalkan..Aku hanya listkan beberapa saja amalan yg kita boleh lakukan..InsyaAllah..Smoga dalam bulan Ramadhan ni,kita semua peroleh hidayah dan keberkatan dari Allah s.w.t..Amin..(^_^)


p/s: buat kawan2 yg baru kenal @ dah lama kenal, ampun maaf dipinta andai diri ini ada melakukan salah dan silap..semoga Allah merahmati hidup kita semua..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..(^_*)

HaRi GuRu

Tanggal 16 Mei adalah tarikh istimewa bagi guru-guru di seluruh Malaysia..Sesungguhnye amat bertuah insan2 yg bergelar GURU kerana ada hari khas untuk meraikan mereka..Aku juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari guru..Saban tahun dari aku berumur 6tahun, aku pasti akan meraikan Hari Guru ini..Aku akan memberikan hadiah kepada semua guru yang mengajarku...Tidak lupe juga hadiah diberikan kepada ayah dan ibuku kerana mereka juga seorang guru..Hehehe...Hari terakhir aku menyambut hari guru iaitu pada 16 Mei 2005 iaitu ketika ini aku berada di dalam tingkatan 5...Sambutan Hari Guru memang meriah...Aku amat gembira tatkala meraikan Hari Guru bersama kawan2ku...Aku xkan dapat lupakan semua kenangan bersama guru2 yang mengajarku...Peristiwa yang paling mengharukan aku apabila seorang guru yang mengajarku subjek SEJARAH menitiskan airmatanye ketika menerima hadiah dari anak2 muridnye,,,Mungkin hatinye tersentuh kerana ada murid yang menghargai pengorbanannye sebagai guru...Sekarang,aku sudah tidak lagi meraikan Hari Guru kerana aku sudah 5tahun meninggalkan zaman persekolahanku..Hanya doa dapat ku utuskan buat semua guru2 yang telah banyak berkorban mendidikku selama ini...TERIMA KASIH,CIKGU!!
Copyright© All Rights Reserved bingkaikasih.blogspot.com