BuLaN MuLiA

Bila ckp pasal bulan mulia, mesti ramai yg terpikir bulan RAMADHAN...Yess! tepat sekali...Seperti yg kita tahu, bulan Ramadhan adalah bulan yg wajib kita berpuasa...Tapi dalam masa kita berpuasa, pernahkah kita terpikir ada beberapa perkara kita buat membawa kepada maksiat? pasti kita xsedar ape yg kita buat..oleh itu, berhati-hati ketika membuat sesuatu masa kita berpuasa...Sebaiknye,masa bulan mulia ni kita perbanyakkan ibadah dan amal jariah...Di sini,aku nk kongsi beberapa amalan yg boleh kita lakukan dalam bulan RAMADHAN mahupun bulan yg laen2.. 

1. Membaca al-Qur`an
2. Memperbanyakkan berzikir,doa dan istighfar
3. I'tikaf di dalam masjid pada waktu malam
4. Memperbanyakkan sedekah
5. Kurangkan tidur
6. Membuat amal jariah kepada ibu bapa,jiran tetangga dan masyarakat
7. Solat berjemaah setiap waktu di masjid
8. Mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan
9. Elakkan menonton TV yang boleh menggoda nafsu
10. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan sehingga melalaikan

Amalan di atas ini bole diamalkan pada bila2 masa tanpa menunggu bulan Ramadhan..Dan banyak lg amalan2 yg boleh kita amalkan..Aku hanya listkan beberapa saja amalan yg kita boleh lakukan..InsyaAllah..Smoga dalam bulan Ramadhan ni,kita semua peroleh hidayah dan keberkatan dari Allah s.w.t..Amin..(^_^)


p/s: buat kawan2 yg baru kenal @ dah lama kenal, ampun maaf dipinta andai diri ini ada melakukan salah dan silap..semoga Allah merahmati hidup kita semua..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..(^_*)

HaRi GuRu

Tanggal 16 Mei adalah tarikh istimewa bagi guru-guru di seluruh Malaysia..Sesungguhnye amat bertuah insan2 yg bergelar GURU kerana ada hari khas untuk meraikan mereka..Aku juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari guru..Saban tahun dari aku berumur 6tahun, aku pasti akan meraikan Hari Guru ini..Aku akan memberikan hadiah kepada semua guru yang mengajarku...Tidak lupe juga hadiah diberikan kepada ayah dan ibuku kerana mereka juga seorang guru..Hehehe...Hari terakhir aku menyambut hari guru iaitu pada 16 Mei 2005 iaitu ketika ini aku berada di dalam tingkatan 5...Sambutan Hari Guru memang meriah...Aku amat gembira tatkala meraikan Hari Guru bersama kawan2ku...Aku xkan dapat lupakan semua kenangan bersama guru2 yang mengajarku...Peristiwa yang paling mengharukan aku apabila seorang guru yang mengajarku subjek SEJARAH menitiskan airmatanye ketika menerima hadiah dari anak2 muridnye,,,Mungkin hatinye tersentuh kerana ada murid yang menghargai pengorbanannye sebagai guru...Sekarang,aku sudah tidak lagi meraikan Hari Guru kerana aku sudah 5tahun meninggalkan zaman persekolahanku..Hanya doa dapat ku utuskan buat semua guru2 yang telah banyak berkorban mendidikku selama ini...TERIMA KASIH,CIKGU!!

PeRaLaTaN HoSpiTaL YaNg DiPelajari SeMaSa PrAkTiKaL

Mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui pasal peralatan perubatan yg digunakan di hospital..Maka, di sini aku nk kongsi ilmu mengenai peralatan hospital..Pelbagai alat perubatan yang aku pelajari semasa aku mengikuti latihan industri di hospital..Tp,disini aku hanya letak beberapa gmbar dan fungsi peralatan hospital..Kalau nk tahu lebih lanjut,korg kena search sendiri kt internet.. Hehehee... Berikut adalah beberapa peralatan-peralatan perubatan yg digunakan di hospital :


1. Ventilator - Alat ini berfungsi untuk memberikan oxygen bagi membantu pesakit bernafas. Biasanya, alat ini digunakan di unit-unit kritikal iaitu unit ICU, unit CCU dan unit A&E. 




2. Electrocardiograph (ECG) - Alat ini berfungsi untuk memeriksa denyutan jantung pesakit. Ianya mengeluarkan graf bagi menganalisa jantung pesakit. 


3. Defibrillator - Alat ini berfungsi untuk memberikan kejutan elektrik kepada jantung bagi mendapatkan denyutan jantung yang stabil. 


4. Suction pump - Alat ini digunakan untuk menyedut cecair yg kotor seperti kahak, air liur, nanah, darah dan sebagainya. 


5. Cardiotocograph (CTG) - Alat ini berfungsi untuk mengesan denyutan jantung janin di dalam perut ibu mengandung. 


6. Syringe pump - Alat ini berfungsi untuk mengawal kemasukan ubat ke dalam badan pesakit. Sukatan ubat yang dimasukkan adalah mengikut tetapan daripada doktor. 


7. Laryngoscope - Alat ini digunakan untuk memeriksa anak tekak di dalam mulut. 


8. Cast cutter - Alat ini digunakan untuk memotong semen yg dipasang pada anggota badan yang patah. 


9. Infant warmer - Alat ini digunakan untuk memberikan suhu yang sesuai bagi bayi yang baru lahir. 


10. Centrifuges - Alat ini berfungsi untuk mengasingkan sel darah kepada elemen2 tertentu bagi kajian darah. Alat ini digunakan di makmal perubatan. 


11. Glucometer - Alat ini berfungsi untuk memeriksa kandungan gula dalam darah. 


12. Feeder pump - Alat ini digunakan untuk memberikan sukatan makanan yg betul bagi pesakit yg boleh makan melalui tiub. 


13. Dental chair - Alat ini digunakan ketika memeriksa gigi pesakit. Alat ini digunakan di klinik pergigian. 



p/s: minta maaf klu ape yg ditulis di atas tidak tepat faktanya...huhuhu...(^_^)

KeNaNgAn PrAkTiKaL di ADVANCE PACT MELAKA.

Selama 5 bulan aku menjalani praktikal di Advance Pact Melaka..Banyak kenangan manis dan pahit yg aku lalui..Dari sini, aku belajar sesuaikan diri di dalam alam pekerjaan..Aku juga belajar membuat network yg baik bersama staff2 di situ agar mereka senang untuk bekerja dgn aku...Walaubagaimanapun,ada juga mereka yg tidak dpt menerima aku sebaiknye...Adat dunia...Ada yg suka,ada yg tidak...Lumrah kehidupan mmg begitu..Tetapi...Ingatla wahai semua manusia di muka bumi ini..Sesungguhnya kita tidaklah sempurna mana...Biar tidak sempurna disisi manusia,tp sempurna di sisi Allah..Jgn kita lupe Allah yg menjadikan kita semua..Alamak...Dah terbagi ceramah agama sikit...Hehehe...Berbalik kepada topik, aku di tmpt praktikal byk belajar mengenai peralatan2 yg digunakan di hospital..Sbnrnye,aku bknnye student medical engineering..Aku adalah student elektronik engineering..Byk benda psl peralatan medical yg aku tidak tahu..Mujurla kwn2ku yg sama praktikal dgnku membantuku..Aku amat bertuah kerana mereka byk berkongsi ilmu tentang peralatan medical dgnku..Terima kasih kwn2ku iaitu Qas, Nash, Liza, Amal, Yana, Ecah, Eeqa, Aboy, Wan, Sham, Fikri, Azim, Farizi, dan Shafiq..Tidak lupe juga pd staff2 di AP iaitu Puan Hamizi, kak Jainon, kak Shu, kak Sha, kak Nor, kak Imah, kak Lily, kak Yulie, kak Sarah, encik Patah, encik Akmal, encik Azlan, Sufian, Faizol, Fahmi dan Tirmidzi..Jasa kalian semua tidak mungkin dilupakan..Thanks a lot! Love u all...(*_*)

               Ini ada pantun untuk warga APSB:

                     Kalau ada sumur di ladang,
                     Boleh saya tumpang mandi,
                     Kalau ada umur yg panjang,

                     Kita pasti berjumpa lagi...(^_^)

BeRmuLa SeBuAh SeJaRaH HiDuPkU

Hari ini bermulanya satu sejarah dalam hidupku di mana aku telah buat BLOGku sendiri..Selama ini, aku hanya tahu membaca blog org..Hehehe..Blog ini aku buat untuk menceritakan kisah2 suka dan duka aku sepanjang aku memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..Aku juga akan berkongsi pendapat dan cadangan2 yang bernas dari sesiapa sahaja..Sesiapa yang nk bagi pendapat,cadangan atau komen, silakan..Anda dialu2kan..Hehehe..Oklah..Salam perkenalan dariku..~Bingkai Kasih~
Copyright© All Rights Reserved bingkaikasih.blogspot.com